| Rawatan Al Quran & As Sunnah. |
Ruqyah secara bahasa adalah jampi-jampi atau mentera. Ruqyah secara syar'i (ruqyah syar'iyyah) adalah jampi-jampi atau mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya, dengan menggunakan ayat-ayat ql-Quran dan doa-doa yang bersumberkan dari hadith-hadith Rasulullah s.a.w. |
Selasa, 12 Julai 2011
Ruqyah Syariyyah
Isnin, 11 Julai 2011
Kursus Rawatan Alternatif Jarak Jauh
Didalam menempuh dunia yang fana ini, semua benda yang tidak dijangkakan sering berlaku. Ibarat pepatah sediakan payung sebelum hujan...saya menawarkan Kursus Rawatan Alternatif bagi yang berminat InsyaAllah kita akan berjalan seiringan dalam memberikan khidmat bantuan kepada insan yang memerlukan.
Kaedah-kaedah yang tersusun akan diajarkan dengan harapan peserta nanti akan beroleh keyakinan dan kejayaan semasa memberikan khidmat.
Kaedah-kaedah yang tersusun akan diajarkan dengan harapan peserta nanti akan beroleh keyakinan dan kejayaan semasa memberikan khidmat.
Ahad, 10 Julai 2011
Jin Saka & Sihir
Kes 1.
Suami lari ikut wanita Indo, berbulan-bulan tidak pulang kerumah tanpa meninggalkan nafkah kepada isteri dan anak-anak. Alhamdulillah sekarang ini suami tersebut telah pulang kerumah bersama isteri dan anak-anak. Nasihat saya jika hendk beristeri, kahwinlah secara yang baik, jangan beri peluang atau bagi peluang kepada orang untuk mengambil kesempatan pada diri kita, mengikis wang ringgit kita, melalaikan masa dan tanggungjawab kita terhadap isteri dan anak-anak.
Kes 2.
Seorang ibu sakit sudah 29 tahun, meracau, membobel tak tentu pasal, marah-marah, lagak macam orang gila sehinggakan jiran tetangga dan sanak saudara menjauhkan diri. Semua ini terjadi akibat dengki manusia yang berhati syaitan dan juga jin saka yang terbiar.
Barangan sihir ditanam dan ditabur sekeliling rumah, didalam telaga juga ditaburkan abu tengkorak orang mati.....beringat-ingatlah, tutuplah telaga yang memberikan sumber air kepada kita daripada orang ramai, jangan biarkan telaga itu terdedah.
Kes 3.
Seorang anak dara diminta oleh jiran tetangga utk. dijadikan anak angkat tetapi pemintaan itu ditolak oleh si ibu. Marah dengan permintaan yg. ditolak si jiran tadi bertindak menyihir anak gadis tersebut hingga meracau-racau dan menjerit-jerit, pelbagai ikhtiar dijalankan dalam tempoh 10 tahun, bomoh-bomoh dipanggil satu persatu tetapi keadaan anak dara tersebut tidak berubah. Tiba sahaja waktu maghrib pasti si dara akan menjerit-jerit.
Kucar-kacirlah keluarga tersebut, tibalah giliran untuk memberikan bantuan...2 malam ikhtiar dijalankan Alhamdulilah doa dimakbulkan, walaupun 'gangguan' tersebut dapat ditarik sehingga bawah perut namun Allah s.w.t memberikan kesembuhan sehingga sekarang.
Apa yang pasti bila hati sudah dikuasai nafsu Amarah, nafsu Amarah dikuasai syaitan maka hilanglah pertimbangan sehingga sanggup mensyirikkan tuhan.
Kembalilah kepada Ampunya Diri.....
Minyak Dagu, Debu Mayat
Minyak dagu yang diperoleh daripada mayat orang yang mati akibat dibunuh adalah satu kaedah yang banyak digunakan dalam proses menyihir seseorang supaya sakit yang tiada ubat dihospital. Mangsa biasanya akan jadi gila, sakit, meracau, sasaran...dan sebagainya.
Debu mayat dan pasir kubur digunakan untuk memberikan musibah kepada seseorang, bahkan penggunaan pasir kubur dikedai-kedai makan dan sebagainya akan mengakibatkan orang ramai tidak akan dapat melihat kedai tersebut, adakalanya juga kedai terbabit kelihatan 'tutup' tetapi pada hakikatnya kedai tersebuka buka dan beroperasi tetapi biasanya tuan kedai akan rasa mengantuk dan akan tertidur.
Debu mayat dan pasir kubur digunakan untuk memberikan musibah kepada seseorang, bahkan penggunaan pasir kubur dikedai-kedai makan dan sebagainya akan mengakibatkan orang ramai tidak akan dapat melihat kedai tersebut, adakalanya juga kedai terbabit kelihatan 'tutup' tetapi pada hakikatnya kedai tersebuka buka dan beroperasi tetapi biasanya tuan kedai akan rasa mengantuk dan akan tertidur.
Langgan:
Catatan (Atom)